Kunjungan Hormat TM Kepada JAPEN Bincang Peluang Kerjasama Diantara Dua Pihak | Sabah News

Kunjungan Hormat TM Kepada JAPEN Bincang Peluang Kerjasama Diantara Dua Pihak | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Saffura (empat dari kiri) menerima cenderamata daripada Supian (empat dari kanan)…

KOTA KINABALU, SABAH – Satu kunjungan hormat telah dibuat oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) kepada Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah bagi menjalin hubungan kerjasama baru-baru ini.

Naib Presiden Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan TM Saffura Chinniah menjelaskan, tujuan kunjungan tersebut bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh terjalin antara dua pihak dan berkongsi maklumat terkini mengenai aktiviti TM di Sabah.

Dalam kunjungan itu, Timbalan Pengarah Penerangan, Supian Musa juga berkesempatan memberikan taklimat ringkas mengenai fungsi setiap bahagian yang ada dalam JAPEN Sabah iaitu Perkhidmatan Komunikasi dan Korporat (PKPM), Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Media dan Komunikasi Korporat (MKK), Media Siber, Penerbitan Dasar Negara (PDN) dan Komunikasi Visual Dan Seni Reka (KVS).

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian MKK Peter Tong, KPP PKPM Azman Sipan dan  KPP Bahagian Media Siber Geraldine Voo Yee Wen.