Keselamatan Perairan Sabah Ditingkatkan Dengan Kerjasama TLDM, ESSCOM | Sabah News

Keselamatan Perairan Sabah Ditingkatkan Dengan Kerjasama TLDM, ESSCOM | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Juhar (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Sazalee (kiri) dan Mohamad Hasli (kanan)…

KOTA KINABALU, SABAH – Keselamatan perairan Sabah ditingkatkan dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Sazalee Shoib berkata, untuk menjaga perairan Sabah, TLDM dan beberapa organisasi terlibat dalam menjaga kedaulatan perairan di negeri ini.

“ESSCOM merupakan antara antara agensi yang turut bekerjasama dengan TLDM dalam menjaga beberapa perairan dan kawasan yang terlibat.

“Pada masa yang sama, TLDM turut terlibat dalam operasi bersama pihak ESSCOM yang mana markas angkatan bersama di bawah Pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) yang berada di Tawau turut bertanggungjawab menjaga kawasan-kawasan perairan ini.

“Bermakna dengan adanya kolaborasi ini kami percaya keselamatan perairan Sabah terpelihara daripada pencerobohan,” katanya selepas kunjungan hormat terhadap Yang DiPertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Juhar mengenai pelantikan beliau sebagai Panglima Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Sandakan yang baharu berkuatkuasa pada 13 Mei yang lepas.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Asisten Ketua Staf Peperangan (AKS N5) Markas Wilayah Laut 2, Kepten Mohamad Hasli Abu Hassan TLDM.