Sidang DUN Sabah Masuk Hari Ketiga Tanpa Pembentangan RUU | Sabah News

Sidang DUN Sabah Masuk Hari Ketiga Tanpa Pembentangan RUU | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang masuk hari ketiga hari ini berlangsung tanpa pembentangan Rang Undang-Undang (RUU).

Bagaimanapun, mesyuarat kedua penggal ketiga itu menyaksikan tujuh soalan dikemuka dan dijawab dalam sesi pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan yang dikelolakan Timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan berakhir pada jam 11.48 pagi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam kemudiannya mengusulkan mengikut Peraturan 4(3) agar mesyuarat berkenaan ditangguhkan dan disokong oleh Pembantu Menteri Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir.

Ucapan penangguhan pula disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Phoong Jin Zhe dengan usul sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu yang jauh ketinggalan. 

Sidang hari ini dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan-Timbalannya, Datuk Seri Bung Moktar, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dan Setiausaha Kerajaan Negeri,  Datuk Seri Sr. Safar Untong.