Lelaki Ditangkap, Koyak Pasport Sembunyikan Lawatan Luar Negara Daripada Isteri | Sabah News

Lelaki Ditangkap, Koyak Pasport Sembunyikan Lawatan Luar Negara Daripada Isteri | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan…

MUMBAI, INDIA – Seorang lelaki ditahan kerana didakwa telah mengoyakkan beberapa helaian muka surat dari pasportnya untuk menyembunyikan lawatannya ke luar negara daripada isterinya.

Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan mahu merahsiakan hubungan sulitnya tetapi tidak menyedari bahawa tindakan merosakkan pasport adalah satu kesalahan undang-undang.

“Lelaki itu berkunjung ke luar negara beberapa hari lalu untuk bertemu teman wanitanya,” kata pegawai polis.

Apabila dia terbang pulang ke India, pegawai imigresen di lapangan terbang Mumbai mendapati beberapa halaman pasportnya, yang sepatutnya mempunyai setem visa bagi perjalanan terbarunya, telah hilang.

Semasa disoal siasat polis, lelaki itu berkata dia ke luar negara bertemu teman wanitanya selepas memberitahu isteri dia keluar kerana atas urusan kerja.

Apabila isterinya curiga dan menghubunginya, dia tidak menjawab panggilannya, dan kemudian terfikir untuk mengeluarkan muka surat daripada pasport supaya isterinya tidak mengetahui lokasi pemergiannya.

Memetik sumber Pigeon Express, lelaki berkenaan ditangkap bawah seksyen Kanun Keseksaan India (IPC) yang termasuk menipu serta pemalsuan dan siasatan lanjut dijalankan.