KKM Sedia Menambah Bilangan Katil Di Hospital – KJ | Sabah News

KKM Sedia Menambah Bilangan Katil Di Hospital – KJ | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

IPOH – Menteri Kesihatan (KKM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata KKM bersiap sedia untuk menambah bilangan katil sekiranya berlaku peningkatan kemasukan pesakit ke hospital.

Tambah Khairy, kementerian akan memastikan bekalan ubat-ubatan di pasaran adalah mencukupi.

“Kita sedang bersiap siaga menambah kapasiti katil, kita pernah buat dahulu untuk Covid-19 dan sekiranya perlu kita buat untuk kes-kes influenza ini…

“Tetapi satu peringatan, ini untuk Covid-19 dan influenza, pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan tertutup mungkin diteruskan,” katanya.

Jelas beliau, bekalan ubat batuk, demam dan selesema berkurangan di pasaran berikutan pembelian tidak mengikut keperluan.

“Permintaan ubat-ubat ini meningkat antaranya paracetamol yang sukar didapati berikutan ketika gelombang Covid-19, semuanya membeli bukan untuk kegunaan tetapi disimpan.

“Faktor kedua ada peningkatan kes-kes demam. Jadi kita minta orang ramai jika ke farmasi belilah ubat untuk keperluan sahaja,” katanya.