MISTERI KEHILANGAN ADIK JUDE ANGEL, MISI PENCARIAN DITAMATKAN | Sabah News

MISTERI KEHILANGAN ADIK JUDE ANGEL, MISI PENCARIAN DITAMATKAN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

BEAUFORT, SABAH – Pencarian selama seminggu untuk Jude Angel George, kanak-kanak berumur 18 bulan yang hilang dari rumah di Kampung Saliwangan Baru pada Sabtu lalu ditamatkan semalam.

Pencarian seluas 2 kilometer tidak membuahkan petanda positif sewaktu pasukan penyelamat merumuskan bahawa Jude berkemungkinan terjatuh dalam Sungai Padas ataupun sesat dalam kawasan hutan berhampiran.

Operasi pencarian dengan kekuatan 25 anggota Bomba termasuk pegawai JBPM, Polis, Rela dan APM, turut menerima bantuan daripada seramai 30 penduduk kampung…

Ramai yang percaya bahawa Jude “ditapuk” oleh kuasa ghaib dan semasa pencarian, beberapa ahli agama dan pakar telah masing-masing tampil untuk membantu dalam hal itu.

Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, walaupun operasi dihentikan, pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan keluarga mangsa dan penduduk kampung.

“Sekiranya ada mana-mana pihak menemui sebarang kesan atau petunjuk baharu, maka operasi pencarian akan terus dilaksanakan semula,” katanya ketika ditemui wartawan pada lokasi pencarian semalam.