ISRAEL SERANG KUBU HAMAS DI GAZA MELALUI SERANGAN UDARA | Sabah News

ISRAEL SERANG KUBU HAMAS DI GAZA MELALUI SERANGAN UDARA | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





SEMENANJUNG GAZA – DUA (2) kubu kuat kumpulan Hamas yang terletak di Semenanjung Gaza dilaporkan telah diserang secara serangan udara oleh pesawat pejuang Israel.

Serangan udara itu menyasarkan kilang roket Hamas dan kemudahan pengeluaran senjata lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tentera Israel.

Difahamkan, kilang itu merupakan pusat pengeluaran roket terbesar di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan berkenaan yang dipetik Bernama, serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Sumber Foto: AFP…

Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.

Tentera Israel sebelum ini mendakwa satu daripada dua roket yang dilancarkan dari Gaza ke bandar Ashkelon baru-baru ini berjaya dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.