JBPM Bakal Cipta Sejarah Bina Balai Bomba Di Gunung Kinabalu | Sabah News

JBPM Bakal Cipta Sejarah Bina Balai Bomba Di Gunung Kinabalu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata pembinaan sebuah balai bomba di Gunung Kinabalu merupakan satu sejarah bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya apabila pembinaan itu selesai, ianya sekaligus menjadi balai bomba di lokasi paling tinggi di dunia.

Jelas beliau, proses untuk mewujudkan balai bomba berkenaan di ketinggian lebih 3,382 meter dari paras laut di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu sedang dalam peringkat dokumentasi.

“Kawasan berkenaan merupakan kawasan warisan dunia dan ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembinaan dilaksanakan.

“Saya difahamkan peruntukan untuk melaksanakan projek ini juga sudah ada,” katanya…

Mengulas lanjut, balai bomba tersebut akan menjadi pusat operasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Mosar).

“Apabila siap kelak ia akan memudahkan pasukan Mosar yang kini berpusat di Balai Bomba Ranau menjalankan operasi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di Gunung Kinabalu,” katanya.