Selebriti TikTok, Khaby Lame Dedah Beliau Beragama Islam, Hafal Al-Quran | Sabah News

Selebriti TikTok, Khaby Lame Dedah Beliau Beragama Islam, Hafal Al-Quran | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Seleberti media sosial TikTok Khaby Lame…

Selebriti media sosial Tiktok, Khaby Lame baru-baru ini mendedahkan bahawa dia bukan sahaja penganut agama Islam tetapi juga seorang penghafal (hafiz) Al-Quran.

Terdahulu, Khaby menyingkirkan seorang seleberti Tiktok, iaitu Charli D’Amelio untuk bergelar individu dengan pengikut paling ramai di TikTok.

Menurut Khaby, persoalan tentang agama antara soalan yang paling banyak ditanya oleh para netizen.

“Ya saya seorang Muslim, dan saya hidup dengan mengamalkan ajaran Islam…

“Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskannya,” katanya.

Khaby, 22, yang dilahirkan di Senegal namun dibesarkan di Itali, turut mendedahkan dia dihantar untuk mendalami al-Quran di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal dan menjadi hafiz ketika berusia 14 tahun.

Sebelum mendedahkan agamanya, Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Lame setakat ini mengumpulkan sejumlah 143.2 juta pengikut di TikTok, mengatasi D’Amelio yang mencatatkan 142.3 juta pengikut.

Dia yang merupakan seorang pekerja kilang, hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 pada Mac 2020. Apabila bapanya menggesa dia memohon kerja lain, dia menghabiskan berjam-jam setiap hari dengan memuat naik video di TikTok.

Kandungan video Lame sering mencuit hati pengguna TikTok kerana sindiran dan reaksi lucunya terhadap ‘life hacks’ yang dianggap terlalu rumit.