7 Juta Rakyat Malaysia Belum Mengambil Dos Penggalak COVID-19 | Sabah News

7 Juta Rakyat Malaysia Belum Mengambil Dos Penggalak COVID-19 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob….

BERA, PAHANG – Lebih kurang tujuh juta rakyat Malaysia masih belum mengambil dos penggalak Covid-19 setakat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan agar sesiapa yang belum mengambil suntikan tersebut untuk segera berbuat demikian berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini.

Jelas beliau, walaupun suntikan itu tidak diwajibkan, namun ia amat penting bagi melawan wabak itu terutamanya Omicron BA.5 yang lebih mudah menjangkiti…

“Walaupun tiada paksaan (untuk mengambil dos penggalak), tetapi saya menasihatkan mereka yang belum menerima suntikan itu untuk mengambil booster bagi melindungi diri sendiri daripada jangkitan dan jika mempunyai simptom, segera berjumpa doktor untuk kepastian,” katanya.

Ditanya jika terdapat perancangan untuk kembali membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam skala besar mengambil kira jumlah mereka yang belum menerima dos penggalak, Ismail Sabri berkata perkara itu akan ditentukan Kementerian Kesihatan sama ada terdapat keperluan berbuat demikian.