Ismail Sabri Ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Kepada Keluarga Malaysia | Sabah News

Ismail Sabri Ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Kepada Keluarga Malaysia | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada Sabtu, mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha yang akan disambut semua Keluarga Malaysia beragama Islam pada hari ini.

Sementara itu beliau juga berharap Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung agar memandu secara berhati-hati selain mendoakan keselamatan mereka semua supaya selamat tiba di destinasi.

“Sesungguhnya Hari Raya Aidiladha pada kali ini disambut dengan penuh keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran.

“Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah diseru dalam Islam. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana umat Islam dapat kembali meraikan sepenuhnya Aidiladha tahun ini selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.