Tidak Sempat Mengelak, Pemandu Terkejut Terlanggar ‘Pak Belang’ | Sabah News

Tidak Sempat Mengelak, Pemandu Terkejut Terlanggar ‘Pak Belang’ | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Tangkap layar saat pemandu terlanggar harimau belang tersebut…

MACHANG, KELANTAN – Tular satu video di media sosial di mana seorang pemandu terlanggar seekor harimau belang yang melintas secara mengejut di Jalan Tok Bok-Selising di sini, semalam.

Insiden berkenaan berjaya dirakam oleh kamera hadapan kenderaan pemandu tersebut pada pukul 11.24 malam.

Dalam rakaman berdurasi selama 16 saat itu, seeokor harimau belang keluar secara mengejut dari kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian…

Walaupun pemandu tersebut cuba menekan brek, beliau gagal mengelak susulan terkejut dengan kehadiran haiwan liar itu.

Video tersebut kemudiannya tular dalam aplikasi TikTok sekali gus mendapat pelbagai respon daripada masyarakat.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Rengas yang mahu dikenali sebagai Wan Hamzah, 36, mengakui terkejut selepas melihat video tersebut tular dalam laman sosial.

Katanya, susulan itu, dia terus keluar untuk membuat tinjauan dan mendapati lokasi tersebut sama dengan apa yang terkandung dalam rakaman tersebut.

“Jadi, saya minta pihak berkenaan supaya dapat turun padang untuk membuat pemeriksaan berkait dengan kejadian itu.

“Langkah awal ini penting bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan,” ujarnya.