PDRM DIMINTA SEGERA DAKWA PELAJAR TERLIBAT KES BULI DI SMK INANAM | Sabah News

PDRM DIMINTA SEGERA DAKWA PELAJAR TERLIBAT KES BULI DI SMK INANAM | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Orang ramai meminta pihak Polis (PRDM) segera membuat tangkapan dan mendakwa sekumpulan pelajar wanita selepas tersebarnya kejadian membuli seorang pelajar wanita.

Video yang muka tular sejak kelmarin dipercayai membabitkan pelajar SMK Inanam.

Beberapa pihak turut tampil menyatakan kekesalan mereka memandangkan yang terlibat adalah pelajar wanita.

Menurut beberapa orang pengguna media sosial Facebook pelajar-pelajar wanita yang masih bersekolah adalah pewaris masa depan negara, namun sebaliknya berlaku ekoran insiden pada video yang tular ini.

Netizen melalui ruangan komen Facebook video yang tular ini, ‘Sri Mulyani’ turut berkongsi dengan berkata “setuju agar pihak keluarga mangsa tidak menarik balik laporan polis agar kumpulan pembuli mendapat tindakan sewajarnya”.

Penama akaun Facebook ‘Salibin’ pula berkata Polis diminta untuk kutip bangsat ini yang merujuk kepada pelaku wanita pelajar yang membuli itu.

Pengguna Facebook lain iaitu ‘Uslan Zul’ juga senada bukan setakat meminta pihak Polis menangkap sebaliknya terus dilepaskan dari sekolah.

Menurut maklumat terkini, pihak Polis telah membuat tangkapan ke atas pelajar-pelajar terbabit.

Foto suspek sekumpulan pelajar wanita yang membuli telah ditahan pihak Polis…

Berita lanjut akan menyusul…