Perdana Menteri Britain Boris Johnson Letak Jawatan | Sabah News

Perdana Menteri Britain Boris Johnson Letak Jawatan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

LONDON, BRITAIN – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Khamis telah melepaskan jawatannya setelah lebih 50 menteri mengundurkan diri dan para penggubal dasar mendesak agar beliau meletakkan jawatan beberapa hari yang lalu.

Boris berkata, beliau berasa kesal tidak dapat bertahan selaku perdana menteri Britain sewaktu mengumumkan peletakan jawatannya di luar kediamannya di Downing Street, lapor Reuters.

Setelah beberapa hari berjuang untuk mempertahankan kedudukannya, Boris dipulaukan oleh semua menteri dan Anggota Parlimen kecuali segelintir sekutunya menyusuli rentetan skandal terkini membuatkan mereka tawar hati untuk menyokongnya.

Peletakan jawatan Johnson dibuat selepas 59 ahli Parlimen berundur daripada kerajaannya dalam tempoh 48 jam yang lalu. Johnson terpalit dengan skandal yang tidak berkesudahan selama berbulan-bulan.

Namun, beliau berkata jadual pertandingan untuk memilih pemimpin baharu akan diumumkan minggu depan.

“Proses memilih pemimpin baru itu seharusnya bermula sekarang. Hari ini, saya sudah melantik sebuah kabinet untuk berkhidmat sedang kerana saya akan menunggu sehingga seorang pemimpin baru dipilih,” katanya.

Dalam pada itu, beliau akan terus memegang jawatan itu sehingga pemimpin baharu dipilih dan akan melantik anggota kabinet baharu pada Khamis.

“Saya berjuang bermati-matian beberapa hari kebelakangan ini untuk meneruskan mandat itu bukan hanya kerana saya mahu berbuat demikian tetapi saya merasakan ia adalah tugas saya.

“Saya kesal kerana tidak berjaya dalam hujah saya dan sudah tentu ia amat menyakitkan apabila tidak dapat menyaksikan dan meneruskan idea dan projek,” katanya…

Walaupun terselamat daripada undi tidak percaya baru-baru ini, tetapi lebih 40 peratus anggota partinya mahu beliau berundur.

Skandal terbaharunya melibatkan pelantikan Christopher Pincher sebagai timbalan ketua whip walaupun terdapat aduan mengenai salah laku seksual terhadap Ahli Parlimen itu.