KPDNHEP Sandakan Akan Pastikan Bekalan Minyak Masak Paket Sampai Kepada Pengguna | Sabah News

KPDNHEP Sandakan Akan Pastikan Bekalan Minyak Masak Paket Sampai Kepada Pengguna | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Adzy memeriksa bekalan minyak masak di Sandakan…

SANDAKAN, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sandakan melalui program khas ‘Prihatin Keluarga Sandakan’ akan pastikan bekalan minyak masak paket satu kilogram sampai kepada pengguna.

Ketua Pegawai KPDNHEP Sandakan, Azdy Zukkry John,berkata program tersebut telah diwujudkan sejak tiga bulan lalu.

Menurut beliau, melalui program itu, KPDNHEP meminta pihak pemborong minyak masak bersubsidi menghantar permohonan bagi mendapatkan bekalan melalui email.

“KPDNHEP kemudiannya akan memberikan kelulusan mengikut keperluan dan meminta pemborong menghantar terus minyak masak paket tersebut ke kedai runcit yang dikenal pasti…

“Pegawai KPDNHEP juga akan mengiringi dan turut serta ketika proses penghantaran tersebut dilakukan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jelas beliau, program ini bukan sahaja dilaksanakan di daerah ini, tetapi turut dilakukan di kawasan Sapi Nangoh, Telupid dan Kinabatangan.

“Program ini dilihat memberi impak dan ia adalah inisiatif KPDNHEP bagi memastikan bekalan minyak masak bersubsidi sampai kepada pengguna…

“Saya harap inisiatif berkenaan berjalan lancar dan isu sukar mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi dapat diatasi,” katanya.