8 Buah Rumah Atas Air Di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya Musnah Dalam Kebakaran | Sabah News

8 Buah Rumah Atas Air Di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya Musnah Dalam Kebakaran | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Foto Ihsan Bomba Sabah…

KOTA KINABALU – Sekurang-kurangnya LAPAN (8) buah rumah di perkampungan atas air di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya telah musnah terbakar semalam.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata,  tiada mangsa yang terkorban dan semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian 11 malam pada Selasa.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.06 malam dan seramai lapan anggota bersama pegawai operasi ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tujuh kilometer dengan menaiki bot.

Manakala 15 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) turut berada di lokasi bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Kebakaran membabitkan lapan rumah atas air dan enam daripadanya terbakar sepenuhnya manakala dua lagi musnah sebanyak 50 peratus…

“Operasi pemadaman awal dijalankan oleh PBS Pulau Gaya dengan menggunakan satu aliran hos dan sumber air dari kapal pembekal air.

“Operasi terkawal pada jam 12 tengah malam dan ditamatkan 40 minit kemudian. Hasil pemeriksaan juga mendapati tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.