JAKARTA, INDONESIA – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) sedia menggesa rakan sejawatannya dari Rusia dan Ukraine membuka pintu dialog berkaitan perang antara dua negara serta membentuk keamanan di Eropah.
Reuters melaporkan Jokowi juga meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin melakukan gencatan senjata segera.

Jokowi berlepas ke Jerman menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) yang berlangsung semalam (26 Jun) hingga Selasa.
Jokowi memberitahu, beliau turut meminta negara G7 mencari resolusi keamanan di Eropah.
Selain itu, beliau mengajak negara G7 mencari penyelesaian segera bagi isu krisis makanan dan tenaga global.
More Stories
Kualiti Jalan Malaysia Adalah Ke-21 Terbaik Dunia, Lebih Baik Dari Sweden, Kanada, Australia & Britain
USIA Ambil Pendekatan Baharu Dalam Pelaksanaan Program – Sapawi
SELEPAS KANTOI FITNAH KETUA MENTERI SABAH, PEMIMPIN WARISAN SEGERA PADAM HANTARAN DI FB | Sabah News