Sapawi Ahmad Dipilih YDP USIA Yang Baharu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad…

KOTA KINABALU, SABAH –  Ketua Bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang , Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad dipilih sebagai Yang Dipertua USIA Sabah yang baharu bagi sesi 2022-2024 dalam Mesyuarat Agung ke-35 pertubuhan tersebut di Menara Usia 1 Borneo semalam.

Bekas Ahli Parlimen Sipitang itu memperolehi undi sebanyak 135 mengenepikan dua pencabarnya, Datuk Haji Mohammad Yusof Apdal yang memperolehi 126 undi dan penyandang sebelum ini Datuk Haji Sairin Karno yang hanya memperolehi 50 undi.

Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua, Ketua USIA bahagian Tungku, Haji Abul Hakim Gulam Hassan dipilih menduduki jawatan tersebut setelah menewaskan dua pencabarnya yang lain Datuk Seri Arsit Hasi Sedi dan Datuk Haji Alipudin Puyon.

Sepuluh orang menawarkan diri untuk jawatan Naib Yang Dipertua bagi mengisi lima jawatan naib yang dipertua dipilih dan mereka yang terpilih Haji Madaile Haji Basri, Prof Datuk Dr Kassim Mansur, Ad Junct Professor Dr.Suhaili Riman, Datuk Arshad Haji Idris dan Datuk Haji Pg, Abdul Rahman Pengiran Digadong Haji Muhammad Galpam

Kejutan turut berlaku bagi jawatan Ketua Badan Wanita USIA apabila penyandangnya Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun yang hanya memperolehi 140 undi tewas di tangan Ketua Wanita Usia bahagian Kuala Penyu Datuk Hajah Siti Aminah Hj Aching yang memperolehi 167 undi.

Bagi jawatan Ketua Belia seperti ramalan awal penyandang Jawatan tersebut, Jamawi Jaafar berjaya mempertahankan jawatan dengan memperolehi 178 undi mengenrpikan pencabarnya Salleh Jatil yang memperolehi undi 136.

Seramai lapan belas orang barisan Ahli Majlis tertinggi yang dipilih pada pemilihan kali ini mereka terdiri daripada Datuk Haji Matin Datuk Pandin, Haji Amat Saruna, Hajah Zulpah Tun Datu Haji Mustapha, Haji Jumain Abdul Ghani, Ruslan Muharram, Haji Yahya OKK Haji Zainal, Datuk Zakaria Edris, Abd Kahar Abd Rahman, Hajajh Nani Abah, Piduman Hai Abdul Majid, Edul Haji Mulud, Ustaz Senan Jipar, Ustaz Serubih Marimin, Ahmad Mohd said, Datuk Haji Pengiran Saifuffin Pg Tahir, Haji Rafaeh Enarji, Ustaz Danial @ Zainal Aliudin dan Hajah Nursuhana Abdullah.

Sementara itu ketika berucap menangguhkan mesyuarat agung tersebut Sapawi yang juga bekas Pengarah Yayasan Sabah berkata, barisan yang dipilih kali ini memikul satu amanah dan tanggungjawab besar dari para pewakilan dalam melaksanakan serta memperkasakan gerakan dakwah di Sabah.

Menurutnya, tugas tersebut tidak mampu dilakukan secara berseorangan tanpa adanya sokongan serta kerjasama dari barisan tertinggi USIA selain dokongan dari seluruh ahli-ahli USIA di semua peringkat.

“Kita akan berkerja dan bergerak dalam satu pasukan dalam memperkasakan gerakan dakwah negeri ini selain turut memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan ekonomi dan kebajikan ahli-ahli USIA,” katanya.