KUNAK, SABAH – Sebuah rumah di Kampung Cendrawasih di Jalan Kunak-Tawau sini hampir musnah bersama longgokan sampah yang dibakar di halaman belakang kediaman terbabit.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan dinding dan wayar elektrik terkena bahang api akibat dari pembakaran sampah dalam insiden 5.20 petang tadi itu.
“Kebakaran api telah dipadam oleh penghuni rumah sebelum jentera tiba…
“Pasukan bomba hanya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain,” katanya.
Operasi terkawal pada 5.36 petang dan ditamatkan dua minit kemudian.
More Stories
Kualiti Jalan Malaysia Adalah Ke-21 Terbaik Dunia, Lebih Baik Dari Sweden, Kanada, Australia & Britain
USIA Ambil Pendekatan Baharu Dalam Pelaksanaan Program – Sapawi
SELEPAS KANTOI FITNAH KETUA MENTERI SABAH, PEMIMPIN WARISAN SEGERA PADAM HANTARAN DI FB | Sabah News