PM UMUM MANSUH SUBSIDI TIGA BARANG KEPERLUAN, RAKYAT MARAH UMNO-BN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, sabah – Pengumuman pemansuhan subsidi berjumlah RM700 juta untuk minyak masak, ayam dan telur dalam perutusan khas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengundang kemarahan marhaen.

“Tindakan tidak bijak daripada kerajaan…

“Rakyat akan tertekan dan marah sedangkan negara untung harga sawit dan minyak mentah tinggi,” seorang netizen berkata pada ruang komentar klip pengumuman itu.

Ismail berkata kerajaan mendapati bahawa minyak masak berbotol bersubsidi banyak diselewengkan oleh pihak industri, komersial dan diseludup.

“Melihat kepada penyelewengan yang berlaku, maka kerajan telah membuat keputusan iaitu tiada keperluan untuk meneruskan subsidi minyak masak berbotol.

“Tujuan kita perkenalkan (subsidi sementara) untuk membantu rakyat ketika pandemik COVID-19. Sekarang kita sudah fasa endemik, rakyat telah bebas keluar dan sebagainya jadi tiada keperluan lagi,” beliau berkata,

Walaubagaimanapun, menurutnya, subsidi minyak masak kampit berjumlah 60,000 tan metrik setelah dilaksanakan sejak dulu diteruskan seperti baisa.

“Saya harap Keluarga Malaysia faham tentang perkara ini dan tidak lagi terkeliru seolah-olah kerajaan menarik subsidi minyak masak, sebenarnya subsidi minyak masak dikekalkan,” tegasnya.

Mengulas pengumuman itu, Perdana Menteri menjelaskan, pemansuhan itu hanya membabitkan program subsidi sementara merangkumi minyak masak berbotol bagi 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg, membabitkan peruntukkan berjumlah RM55 juta sebulan.

“UMNO seleweng berbilion-bilion tak pula kau risau,” kata seorang netizen.

“Bau PRU-15 sudah terasa. Tunggu kau penduduk pedalaman Sabah yang jauh terasa seksanya, pasti terbalas,” kata seorang lagi netizen.

Ada juga yang mengenakan slogan ‘Kerajaan Gagal’ yang pada dahulu digunakan untuk kerajaan diterajui Bersatu dan menterjemah singkatan Barisan Nasional (BN) sebagai Barang Naik.

Berkenaan kenaikan bantuan RM 100 bagi golongan B40 menerusi program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), ia jelas tidak mencukupi bagi meringankan beban rakyat ketika kos sara hidup semakin meningkat.

“Kalau dibahagikan untuk setahun, 27 sen sehari ok lah tu boleh belanja hari-hari. Terima kasih Perdana Menteri. Betul la tu orang kata undi BN rakyat senang. UMNO selamanya,” sindir seorang netizen.

“Duit bantuan boleh habis, tapi kenaikan harga barang-barang keperluan agaknya bila boleh turun?,” tertanya seorang lagi netizen.