TUARAN: Orang awam yang menggunakan Jalan Kiulu- Rondogung menghala Ranau disarankan mengikut laluan alternatif di Jalan Tamparuli-Ranau selepas berlaku runtuhan tebing menghubungkan Kampung Lokos dan Kampung Pahu, Kiulu di sini, semalam.
Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Farini Awang, berkata lokasi Jalan Pukak-Pahu-Nulu di Kilometer 19.2 Kiulu ditutup jam 12 tengah malam tadi selepas pihaknya menerima aduan berhubung kejadian berkenaan.
Beliau berkata, pada 13 Mei lalu berlaku runtuhan kecil di tebing laluan itu selepas hujan berterusan sebelum satu arah laluan ditutup.
“Kira-kira jam 5 petang semalam, sekali lagi runtuhan berlaku di lokasi sama menyebabkan kedua-dua arah laluan ditutup atas faktor keselamatan pengguna,” katanya dihubungi hari ini.
Katanya, penduduk di sekitar lokasi juga boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tomis Tiong-Lokos dan Jalan Bundu Tuhan.
“Kon keselamatan dan papan tanda bahaya dengan pantulan cahaya turut disediakan sebagai persediaan kerja-kerja penyelenggaraan.
“Pengguna diminta mematuhi arahan dan papan tanda yang disediakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
Sehubungan itu, pihak JKR dengan kerjasama syarikat konsesi akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.
More Stories
Rumah Tumpangan Di Kg Ganang Musnah Terbakar
Gempa Bumi Lemah Terjadi di Kundasang
Van Ambulans Tidak Boleh Lalu Jalan, Seorang Bapa Jalan Kaki Sejam Usung Jenazah Anak! Netizen Malu Slogan Sabah Maju Jaya Tapi Macam Makin Mundur