Pembelian Tepung Mula Dihadkan Di Negeri Sabah Susulan Penyusutan Bekalan Gandum

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Pembelian tepung gandum mula dihadkan kepada dua paket bagi setiap pembeli di pasar raya sekitar negeri ini.

Tinjaun ‘Berita Harian’ di Bataras Putatan mendapati pasar raya berkenaan melaksanakan pendekatan itu sejak semalam.

Menurut laporan tersebut, tindakan itu bagi memastikan lebih ramai pengguna berpeluang mendapatkannya berikutan bekalan yang dilaporkan menyusut.

“Jumlah tepung gandum yang boleh didapati juga kelihatan sedikit, selain hanya satu atau dua jenama dijual berbanding lebih daripada itu sebelum ini…

“Di pasar raya Bataras Putatan di sini, Tepung Gandum Cap Rama-Rama dengan berat sekilogram sepaket dijual pada harga RM3.48, manakala jenama Tepung Gandum Cap Ros seberat 850 gram dijual RM2.60 sepaket,” katanya.

Walaubagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam berkata Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Baru-baru ini, India melarang pengeksportan gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik.

Agensi berkenaan dalam kenyataan bagaimanapun berkata ia tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara.

“Seramai 2,200 Penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran,” katanya.