Peningkatan 2 Kes Baharu COVID-19 Sabah, Tetapi Jumlah Masih Stabil | Sabah News

Peningkatan 2 Kes Baharu COVID-19 Sabah, Tetapi Jumlah Masih Stabil | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian di Sabah bertambah 2 kes hari ini berbanding jumlah kelmarin dengan keseluruh 48 kes baharu.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun bagaimanapun berkata, jumlah kes masih stabil dan terkawal.

Katanya trend jangkitan di keseluruhan daerah di Sabah kekal sama, iaitu kes harian turun-naik dalam skala yang kecil.

“Hari ini Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes baharu dua angka dengan 12 kes (+4)…

“Semua daerah lain mencatatkan kes satu angka termasuk 12 daerah yang tidak merekodkan sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Walaupun Sabah merekodkan jumlah kes harian yang rendah sejak beberapa minggu tetapi peratusan jangkitan sporadik masih tinggi hampir setiap hari,” katanya dalam rumusan kes harian.

Menurut beliau, statistik hari ini menunjukkan kadar jangkitan sporadik naik hampir 65 peratus (65%) daripada semua kes yang dilaporkan.

“Ini bermakna risiko jangkitan virus masih tinggi khususnya semasa berada di khalayak ramai lebih-lebih lagi di tempat yang penuh dan sesak…

“Atas faktor inilah kita amat menyarankan agar penggunaan pelitup muka terus diamalkan seperti biasa walaupun kelonggaran diberi mulai 1 Mei,” tegasnya.

Empat (4) pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 4 manaka tiada kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5 dilaporkan.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (30 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 12 (8)
Penampang 8 (9)
Sandakan 6 (2)
Putatan 4 (4)
Tawau 4 (2)
Lahad Datu 2 (3)
Semporna 2 (2)
Tenom 2 (2)
Tuaran 2 (3)
Beluran 1 (0)
Keningau 1 (1)
Kota Belud 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Kunak 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kota Marudu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Papar 0 (5)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (2)
Tongod 0 (1)