POLIS TAHAN 13 PELAJAR LELAKI BELASAH RAKAN SEKOLAH | Sabah News

POLIS TAHAN 13 PELAJAR LELAKI BELASAH RAKAN SEKOLAH | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

LANGKAWI, KEDAH – Seramai 13 orang pelajar lelaki di sini telah ditahan oleh Polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, pada Khamis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata semua suspek berusia 16 tahun adalah pelajar Tingkatan Empat sekolah terbabit.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa pagi tadi, seramai 12 suspek ditahan pada jam 12.30 tengah hari, manakala seorang lagi ditahan pada jam 3 petang tadi…

“Lima daripada pelajar terbabit adalah daripada kelas sama dengan mangsa dan bakinya daripada kelas lain..

Seramai 13 pelajar yang ditahan oleh Polis selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan…

“Ketika ini, rakaman percakapan ke atas semua suspek sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat memaparkan tindakan sekumpulan pelajar mengepung seorang pelajar sebelum mereka beramai-ramai bertindak menumbuk, menendang dan membelasah mangsa beramai-ramai.