PBS Tanjung Papat diaktifkan semula | Sabah News

PBS Tanjung Papat diaktifkan semula | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Dr Joachim (tengah) ketika memasuki bangunan Citi Club dalam Perasmian Pembentukan Semula PBS Tanjung Papat di sini, sebentar tadi…

SANDAKAN, SABAH – Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mengaktifkan semula Bahagian Tanjung Papat bagi meneruskan perjuangan parti di daerah itu.

Naib Presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam telah merasmikan pembentukan semula PBS Bahagian Tanjung Papat dan majlis Berbuka Puasa di bangunan Citi Club, di sini hari ini.

Beliau mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua ahli yang memberikan kerjasama padu dalam pengaktifan semula PBS Tanjung Papat.

Beliau turut memuji integriti setiap ahli dalam proses pemilihan Ketua Bahagian, Timbalan dan juga ahli jawatankuasa (AJK).

Dr Joachim ketika berucap dalam majlis berkenaan…

“Tidak ada isu berebut jawatan dan proses pembentukan bahagian parti berjalan dengan lancar…

“Tahniah kepada Ketua Bahagian dan Timbalannya, David Ong Chih Qun dan Nelson Sikin serta semua yang menang tanpa bertanding yang akan menerajui PBS Tanjung Papat,” kata Dr. Joachim yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang.

Menurutnya, jumlah keahlian terkini ialah seramai 833 orang sementara lebih kurang 400 keahlian baharu masih dalam proses pendaftaran.

Dalam majlis berkenaan, Dr Joachim juga telah menyerahkan kad keahlian mengikut cawangan kepada wakil cawangan masing-masing.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri menyeru semua ahli yang hadir untuk bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang dan berharap PBS akan dicalonkan sama ada di peringkat DUN dan Parlimen di sini.

Beliau juga berharap PBS Wanita dan Pemuda bagi Tanjung Papat akan dapat dibentuk dalam masa terdekat ini.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerja PBS Pusat, Marcilus Roman, Ahli Majlis Tertinggi; John Masabal, Goon Thien Sheng, Kong Nyuk Thou, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda, Christoper Mandut serta ahli-ahli PBS lain.