Pak Cik Pesan Lapan Hidangan Untuk Keluarga ‘Tidak Kelihatan’ | Sabah News

Pak Cik Pesan Lapan Hidangan Untuk Keluarga ‘Tidak Kelihatan’ | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Perbuatan seorang warga emas dalam lingkungan usia 70an yang dilihat memesan lapan hidangan makanan walaupun dia hanya duduk berseorangan menimbulkan rasa tanda tanya.

Menurut satu posting Facebook yang dimuatnaik oleh radio stesen Zayan, makanan-makanan tersebut bertujuan untuk dihidang kepada “ahli keluarga” kepada pak cik itu.

Apa yang menjadi misteri adalah apabila “ahli keluarga” yang disebut itu “tidak kelihatan”. 

Difahamkan kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 10.30 malam di sebuah restoran di mana pak cik itu dilihat menyusun pinggan-pinggan serta kerusi-kerusi, seakan-akan sedang menyediakan hidangan kepada tetamu.

“Masa tu tak terfikir apa pun. Lama-lama macam pelik juga sebab dia susun teratur dan tertib, kerusi pun ikut barisan. 

“Berkali-kali dia betulkan pinggan macam orang ada OCD tu. Sempurna!” kata posting itu…

Menurut posting milik pelanggan restoran yang berada di tempat kejadian itu, kelakuan warga tua yang menyediakan lapan hidangan dan lapan gelas teh ais itu disedari oleh orang sekeliling yang juga berasa hairan.

Namun, pekerja restoran tersebut menjelaskan bahawa kelakuan pak cik itu adalah perkara biasa kerana dia memang sering memesan hidangan untuk lapan orang “ahli keluarganya”.

“Tapi kami tak tahu keluarga dia ada lagi atau tidak ada (mati or masih hidup)…

Masa ni, isteri dan anak-anak saya menangis tengok uncle tu.

“Uncle tu makan dia punya portion sambil bercakap-cakap dengan kerusi sebelah yg ‘kosong’ tu. Saya sebak tgok… Lepas tu dia makan hidangan ‘orang sebelah dia’,” kata posting itu.

Ujar posting itu lagi, terdapat situasi di mana seorang pelanggan tidak sengaja terlanggar kerusi kosong itu namun pak cik tersebut tidak menunjukkan rasa marah dan hanya bangun untuk perbetulkan posisi kerusi itu sebelum sambung menjamu selera.

Difahamkan juga, pak cik itu akan berkunjung di restoran tersebut sebanyak dua hingga tiga kali seminggu di mana dia akan memesan hidangan yang berbeza untuk lapan orang.

“Dia hidang proper dan teratur macam yang kami nampak ni, tapi dia bayar full. Jika tidak habis, makanan itu akan dibungkus.

“Uncle ni wire shot (ada masalah mental)? Aku tak rasa dia macam tu. Elok saja baju dia, pakai pelitup muka, bayar makanan dia, susun kemas meja. Kita tak tahu sejarah apa yg dia dah tempuh selama ni.”