Naik 10 Kes Hari Ini Namun Tiada Daerah Catat Kes Dua Angka  | Sabah News

Naik 10 Kes Hari Ini Namun Tiada Daerah Catat Kes Dua Angka  | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu hari ini ialah 46 KES iaitu pertambahan sebanyak 10 kes berbanding semalam.

Namun begitu, Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata keadaan di semua daerah Sabah kekal stabil dan terkawal.

“Pergerakan turun-naik jangkitan baharu adalah pada skala yang kecil…

“Sebanyak 11 daerah mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu berbanding 6 daerah yang mencatatkan penurunan manakala 10 daerah lagi kekal dengan angka jangkitan yang sama sebagaimana catatan semalam. 

“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 12 daerah,” katanya dalam rumusan kes harian.

Menurutnya, buat pertama kalinya sejak beberapa bulan, tidak ada daerah di Sabah yang mencatatkan jangkitan baharu dua angka.

“Daerah Penampang mencatatkan jangkitan baharu yang tertinggi hari ini dengan 9 kes (+8) diikuti oleh Kota Kinabalu dengan 8 kes (-3),” jelasnya.

Hanya terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3, dan tidak ada kes direkodkan dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Penampang 9 (1)

Kota Kinabalu 8 (11)

Papar 5 (4)

Putatan 4 (0)

Lahad Datu 3 (0)

Tuaran 3 (6)

Sandakan 2 (3)

Semporna 2 (0)

Tawau 2 (1)

Telupid 2 (1)

Tenom 2 (1)

Keningau 1 (1)

Kinabatangan 1 (0)

Nabawan 1 (0)

Tongod 1 (0)

Beaufort 0 (2)

Beluran 0 (0)

Kalabakan 0 (0)

Kota Belud 0 (0)

Kota Marudu 0 (0)

Kuala Penyu 0 (0)

Kudat 0 (0)

Kunak 0 (0)

Pitas 0 (0)

Ranau 0 (0)

Sipitang 0 (4)

Tambunan 0 (1)