Lee Zii Jia Mara Ke Suku Akhir Kejuaraan Badminton Asia | Sabah News

Lee Zii Jia Mara Ke Suku Akhir Kejuaraan Badminton Asia | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Lee Zii Jia…

PUTRAJAYA – Pemain badminton ketujuh dunia, Lee Zii Jia terus mara ke suku akhir selepas menewaskan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia pada Kejuaraan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina pada kelmarin

Pemain peseorangan badminton utama Malaysia, Zii Jia mencatatkan kemenangan meyakinkan dalam set pertama menentang Shesar, 21-14,sebelum menang tipis pada set seterusnya dengan kelebihan dua mata, 22-20, untuk mara ke suku akhir kejohanan itu di Kompleks Sukan Muntinlupa.

Pilihan ketiga kejohanan Zii Jia akan berdepan pilihan kelapan Kanta Tsuneyama untuk penentuan tempat ke separuh akhir esok, selepas atlet Jepun itu menewaskan Tien Minh Nguyen dari Vietnam, 21-9, 21-10…

Sementara itu, pilihan keempat kejohanan Jonatan Christie dari Indonesia menghancurkan harapan Liew Daren untuk melangkah lebih jauh dalam kejuaraan itu, selepas beliau menewaskan pemain profesional Malaysia itu 21-14, 13-21, 21-19.

Dalam pada itu, perseorangan wanita nombor satu negara, S Kisona gagal ke pusingan seterusnya apabila kecundang di tangan pemain pilihan kelima dari China, He Bing Jao, 18-21, 14-21.