Srikandi Bersatu Sudah Lama Bersedia  | Sabah News

Srikandi Bersatu Sudah Lama Bersedia  | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ketua Srikandi Sabah, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata parti tersebut khususnya sayap wanitanya sudah lama bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kehadiran ‘penjuru ketiga’ iaitu parti PEJUANG yang akan dilancarkan secara rasmi di Sabah pada 22 Mei ini seperti diumumkan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dua hari yang lalu.

“Kita sudah bersiap sedia bekerja kuat terutama sekali Srikandi. Jadi kita memang sudah bekerja dari bawah sana,” katanya ditemui pengamal media pada majlis Iftar Perdana MARA Sabah di sini semalam.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut mengalu-alukan kedatangan parti MUDA, diketuai oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang berkata akan melangsungkan siri jelajah di Sabah sebagai pelancaran parti itu di sini.

“Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, mana-mana parti boleh datang ke negeri ini…

“Siapa saja mahu buka parti datang sini tiada masalah. Terpulang kepada rakyat untuk menerima mereka.

“Bagi saya, ini negara demokrasi dan kita terbuka. Kita tidak boleh menghalang orang (parti) untuk datang,” tambah Azizah.