SOP Garis Panduan Sekolah 4.0 Akan Diumumkan 3 Petang Ini | Sabah News

SOP Garis Panduan Sekolah 4.0 Akan Diumumkan 3 Petang Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Datuk Dr Radzi Jidin…

PETALING JAYA – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan bahawa satu prosedur operasi standard (SOP) akan diumumkan berhubung Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 pada pukul 3 petang ini.

Jelas beliau, pembentangan itu akan dibuat menerusi satu sidang akhbar khas bagi menjelaskan berhubung pengoperasian sekolah.

Pengumuman itu akan dilaksanakan melalui siaran langsung di laman Facebook rasmi Menteri Kanan Pendidikan serta DidikTV.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan semakan semula langkah kawalan semasa fasa peralihan ke endemik..