RM 65,000 Untuk Nyawa Tiga Tebusan | Sabah News

RM 65,000 Untuk Nyawa Tiga Tebusan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

BELURAN, SABAH –  Rm 65,000 ditukar seorang pemilik bot nelayan sini demi menyelamatkan nyawa tiga kru warganegara Indonesia selepas menjadi tebusan di sini pada Ahad.

Detik cemas tiga itu bermula ketika sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan pistol dan senapang menyerupai M4 atau M16 menahan dan membawa kru dan bot nelayan tersebut dari Pulau Jambongan ke perairan Filipina.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, pemilik menyedari kehilangan kapal serta ketiga-tiga kru selepas mereka gagal dihubungi.

“Siasatan awal mendapati kumpulan terbabit terus mengambil alih bot dan merosakkan sistem pengesanan lokasi (GPS) dan radio komunikasi…

“Pemilik kapal kemudian dihubungi untuk berunding. Hasilnya, beliau bersetuju membuat bayaran bagi mengelak daripada mangsa diambil tindakan undang-undang kerana menceroboh perairan Filipina,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, wang dalam bentuk tunai itu kemudiannya dihantar sendiri oleh pemilik bot ke perairan Filipina dan semua mangsa dibebaskan tanpa sebarang kecederaan atau kehilangan barang berharga.

“Berdasarkan pengakuan daripada suspek sendiri kepada mangsa, lima suspek berkenaan dipercayai anggota pasukan keselamatan negara jiran…

“Kumpulan suspek terbabit mendakwa sedang menjalankan tugasan risikan di sempadan Malaysia dan Filipina.

“Semua mangsa juga mengakui tidak pernah diugut atau dipukul sepanjang ditahan oleh kumpulan suspek terbabit,” tambahnya.

Namun siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut.

Bagaimanapun, bot yang digunakan ketiga-tiga mangsa selamat tiba di daerah Sandakan.