Pencarian Nelayan Jatuh Ke Dalam Laut Diteruskan | Sabah News

Pencarian Nelayan Jatuh Ke Dalam Laut Diteruskan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KUDAT, SABAH – Pencarian seorang nelayan diteruskan pihak Bomba setelah lelaki itu dilaporkan jatuh ke dalam perairan Laut Bak-Bak, sini.

Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat menerima panggilan kecemasan berhubung kes daripada Ibu pejabat Polis Daerah Kudat pada jam 6 petang semalam (Rabu).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah (PGO) berkata, mangsa, Adrin Judin, 29, dilaporkan terjatuh semasa bertolak balik ke Jeti Aseng selepas menjalankan aktiviti menangkap ikan.

“Operasi mencari dan menyelamat disambung hari ini pada jam 7.15 pagi dengan jarak pencarian 1 batu nautika dari persisiran pantai,” katanya dalam sebuah kenyataan.