Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Terus Stabil | Sabah News

Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Terus Stabil | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian baharu terus berkurangan dengan 36 KES hari ini iaitu penurunan 4 kes bernanding semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata angka berkenaan jelas menunjukkan bahawa kedudukan semasa jangkitan di Sabah terus bertambah stabil.

“Terdapat tujuh (7) daerah mencatatkan pertambahan kes baharu berbanding 10 daerah yang merekodkan jumlah jangkitan yang lebih rendah daripada sebelumnya manakala 10 lagi daerah kekal sepertimana catatan semalam…

“Hari ini 15 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu dan merupakan satu petanda baik bahawa Sabah berada dalam fasa penstabilan dan pemulihan,” katanya dalam rumusan kes harian.

Sebanyak 11 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dengan enam (6) daripada daerah tersebut masing-masing merekodkan hanya satu jangkitan sahaja.

Kota Kinabalu dengan 11 kes baharu (+5) kembali menjadi daerah tunggal yang mencatat kes baharu dua angka.

Hanya masing-masing seorang berada dalam Kategori 3 dan Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (28 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 11 (6)
Tuaran 6 (2)
Papar 4 (0)
Sipitang 4 (1)
Sandakan 3 (4)
Beaufort 2 (0)
Keningau 1 (10)
Penampang 1 (1)
Tambunan 1 (5)
Tawau 1 (0)
Telupid 1 (3)
Tenom 1 (0)
Beluran 0 (2)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (1)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (2)
Semporna 0 (0)
Tongod 0 (0)