TLDM Kekal Siaga Setelah 88 Tahun Mendaulatkan Perairan Maritim Malaysia  | Sabah News

TLDM Kekal Siaga Setelah 88 Tahun Mendaulatkan Perairan Maritim Malaysia  | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Timbalan Panglima Armada Timur (TPA Timur), Laksamana Pertama Sazalee Shoib menyampaikan Anugerah Piala Panglima Armada Timur KD Sri Gaya…

KOTA KINABALU, SABAH – 27 April merupakan tarikh bersejarah bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) apabila mula ditubuhkan sebagai salah satu pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga kedaulatan perairan maritim Malaysia.

Pada tahun ini, TLDM masih mengekalkan slogan “TLDM Siaga, Kedaulatan Terpelihara” bagi meraikan 88 tahun perkhidmatannya bersama Malaysia.

Seperti saban tahun, perbarisan penuh istiadat tentera laut bagi mempamerkan kemegahan dan kesiagaan warga ‘The Navy People’ terlaksana di Padang Kawad KD SRI KOTA KINABALU.

Perbarisan pada pagi tadi telah disertai oleh seramai 300 Pegawai dan Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) serta dipimpin Pegawai Perbarisan, Kdr Muhammad Nasrul bin Mat Daut TLDM.

Seawal 6.30 pagi, warga melangkah masuk padang dengan penuh segak serta diiringi alunan muzik daripada Pasukan Pancaragam TLDM Timur. 

Seterusnya, nyanyian Lagu Samudera Raya dinyanyikan penuh bersemangat sebelum Timbalan Panglima Armada Timur (TPA Timur), Laksamana Pertama Sazalee bin Shoib melaksanakan Pemeriksaan Perbarisan.

Dalam acara sama, TPA Timur turut membacakan perutusan dan amanat Hari TLDM ke-88 oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sani kepada warga yang hadir.

Panglima Armada Timur turut menyampaikan empat anugerah iaitu Anugerah Piala Panglima, Piala Terumbu, Bintara Terbaik dan Laskar Terbaik dalam acara sama…

Pelbagai acara telah dilangsungkan sepanjang April ini bagi merancakkan sambutan Hari TLDM ke-88, antaranya Program Pendakian Gunung Kinabalu, Program Derma Darah, Khutbah Jumaat Khas, Bacaan Yasin dan Tahlil serta pembersihan kawasan terumbu oleh Pasukan Selam TLDM.

Walaupun acara perbarisan pagi ini dilaksanakan ketika bulan Ramadan, warga Navy People tetap memberikan persembahan terbaik serta mengamalkan pemakaian pelitup muka agar pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) ketika fasa endemik dikekalkan.