Sabah Catat Kes Harian COVID-19 Terendah Hari Ini Sejak Mac Lalu | Sabah News

Sabah Catat Kes Harian COVID-19 Terendah Hari Ini Sejak Mac Lalu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu hari ini ialah 40 KES iaitu penurunan 11 kes berbanding jumlah jangkitan semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu adalah yang terendah sejak 29 Mac tahun lalu.

“Keadaan secara keseluruhan terus bertambah baik. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 13 daripada 27 daerah di Sabah dalam tempoh 24 jam yang lalu…

“Sebanyak 13 daerah lagi mencatatkan kes baharu satu angka dan enam (6) daripada daerah tersebut masing-masing hanya merekodkan satu jangkitan baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Keningau menjadi daerah tunggal di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka dengan 10 kes setelah daerah itu melihat sifar jangkitan kelmarin.

“Sembilan (9) daripada 10 jangkitan tersebut melibatkan OKT (Orang Kena Tahan)…

“Kota Kinabalu yang mencatatkan jumlah jangkitan dua angka kelmarin merekodkan hanya 6 kes (-7) baharu hari ini,” jelas Masidi.

Hanya terdapat seorang pesakit masing-masing tergolong dalam Kategori 3, 4 dan 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Keningau 10 (0)
Kota Kinabalu 6 (13)
Tambunan 5 (4)
Sandakan 4 (2)
Telupid 3 (0)
Beluran 2 (0)
Ranau 2 (3)
Tuaran 2 (5)
Kinabatangan 1 (1)
Kota Belud 1 (2)
Kota Marudu 1 (0)
Kudat 1 (0)
Penampang 1 (0)
Sipitang 1 (1)
Beaufort 0 (2)
Kalabakan 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (5)
Nabawan 0 (2)
Papar 0 (3)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (1)
Semporna 0 (1)
Tawau 0 (5)
Tenom 0 (1)
Tongod 0 (0)