Rumah Termasuk Empat Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran | Sabah News

Rumah Termasuk Empat Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KENINGAU, SABAH – Empat kenderaan turut musnah selepas api merentungkan sebuah rumah di Kampung Takad Selatan di Jalan Apin-Apin sini tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan berhubung insiden diterima pada jam 7.03 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 40’X60’ dan telah terbakar 100 peratus…

“Kebakaran turut memusnahkan 3 buah motorsikal serta 1 buah kereta jenis Perodua Kenari,” kata jurucakap bagi agensi penyelamat tersebut.

Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua (2) aliran 400’ kaki empat (4) pancutan dengan sumber air daripada tangka jentera.

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan. Operasi terkawal pada jam 8.48 pagi,” tambahnya.