Berhati-Hati Balik Kampung – David | Sabah News

Berhati-Hati Balik Kampung – David | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Sabah, David Chan…

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah menasihat pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa balik kampung untuk beraya.

Presidennya David Chan berkata, memandangkan ramai yang balik kampung ini akan menyebabkan kenderaan bertambah di jalan raya.

“Persatuan Pengguna ingin berpesan kepada semua supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya.

“Jangan terjejar-kejar ketika memandu kerana musim perayaan semestinya jalan akan sesak dan ia tidak boleh dielak,” katanya…

Beliau turut menggesa perkhidmatan awam seperti bas pengangkutan untuk memperkemas perkhidmatan bas mereka dan mengikut piawaian kerajaan.

“Saya menggesa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) mengetatkan pemeriksaan rutin untuk bas bagi memastikan mereka mematuhi keperluan keselamatan standard dengan menjalankan ujian nafas rawak untuk alkohol.

“Pastikan pemandu tidak terpengaruh dengan dadah dan alkohol untuk mengelak kemalangan maut.

“Berjaga-jaga adalah lebih baik daripada oerkara tidak diingini terjadi semasa membawa penumpang untuk balik kampung,” tegas David.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau turut meminta pengguna jalanraya untuk memandu dengan selamat untuk ketika balik kampung.

David berkata, perjalanan yang tenang amat penting untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini daripada berlaku.

Beliau berharap semua pemandu akan bersabar dan seterusnya dapta berjumpa dengan ahli keluarga masing-masing dengan selamat.

Jelasnya, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja sekiranya aspek keselamatan diabaikan sekali gus kecuaian juga boleh mengundang bahaya.

“Justeru, aspek keselamatan dan berhati-hati harus diutamakan pengguna jalan raya bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.