SITI NURHALIZA SAYU DAN MENANGIS DI DEPAN KAABAH, RINDU MENJADI ORANG BIASA | Sabah News

SITI NURHALIZA SAYU DAN MENANGIS DI DEPAN KAABAH, RINDU MENJADI ORANG BIASA | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Tangkap layar video Tiktok Siti Nurhaliza. – TikTok…

PUTRAJAYA – Penyanyi sensasi nombor ‘1’ Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menitiskan air mata menerusi satu video yang dikongsi beliau ketika menunaikan Umrah baru-baru ini.

Dalam satu video yang dikongsi menerusi akaun aplikasi TikTok beliau, Siti Nurhaliza dilihat membuat ucapan yang sedih sambil menangis di depan Kaabah.

“Seronoknya saya dapat kongsi dengan anda semua “view” Kaabah..dapat suasana dekat Mekah ni.

“Ini yang saya rindu sebenarnya. Saya jadi orang biasa, kita duduk macam ni…

buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya…

“Saya suka duduk macam ni. Kena ramai-ramai macam ni, orang tidak kenal saya pun dan masing-masing tengah berdoa yang terbaik,” kata Siti Nurhaliza sambil mengusap air mata beliau.

Jelas Siti, beliau bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan hasrat beliau, walaupun suaminya pada ketika itu tidak bersama-sama.

“Dia (suami) mengizinkan saya (ke Umrah) adalah suatu besar rahmatnya. Sebab dia tahu saya sangat-sangat rindukan Mekah, Kaabah…

“Sebab itu suami saya izinkan saya datang, walaupun berat hati saya tinggalkan anak-anak, tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya,” kata Siti.

Sementara itu, ramai netizen juga memberi pelbagai reaksi positif terhadap video tersebut.

“Kita nak jadi mcm tok ti..rupenya tok ti rindu nak jd orang biasa mcm kami..huhu,” kata seorang pengguna Tiktok.

“Lepas SPM Tokti xpernah rasa hidup seperti org biasa.. bebas ke sana ke sini dgn tenang … tanpa diserbu peminat.. sebab tu mudah tersentuh dan menangis,” kata seorang lagi netizen.