Perubahan Turun Naik Kes COVID-19 Sabah Pada Tahap Terkawal | Sabah News

Perubahan Turun Naik Kes COVID-19 Sabah Pada Tahap Terkawal | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu hari ini adalah sebanyak 51 KES, iaitu pertambahan marginal 3 kes berbanding jumlah semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedudukan kes kekal stabil dengan perubahan turun naik kes harian pada tahap yang kecil dan terkawal.

“Sebanyak 11 daerah mencatatkan peningkatan kes harian, 9 daerah mencatatkan penurunan dan 7 daerah kekal sebagaimana catatan semalam…

“Sebelas (11) daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes harian yang lebih rendah daripada semalam dengan 13 kes (-8) tetapi kekal satu-satunya daerah yang mencatat jangkitan baharu dua angka.

Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan sembilan (9) daripada daerah tersebut merekodkan antara 1 atau 2 kes baharu sahaja.

Dalam pada itu, hanya masing-masing seorang pesakit dalam Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (26 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 13 (21)
Lahad Datu 5 (0)
Tawau 5 (2)
Tuaran 5 (3)
Tambunan 4 (0)
Papar 3 (2)
Ranau 3 (1)
Beaufort 2 (0)
Kota Belud 2 (3)
Nabawan 2 (0)
Sandakan 2 (1)
Kinabatangan 1 (1)
Putatan 1 (0)
Semporna 1 (0)
Sipitang 1 (1)
Tenom 1 (2)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (4)
Kota Marudu 0 (1)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Penampang 0 (3)
Pitas 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)