Pengembara Antarabangsa Diberikan Pilihan Ujian COVID-19 Sebelum Masuk Ke Sabah | Sabah News

Pengembara Antarabangsa Diberikan Pilihan Ujian COVID-19 Sebelum Masuk Ke Sabah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar hiasan…

KOTA KINABALU, SABAH – Pengembara antarabangsa yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sabah diberikan pilihan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 RTK-Antigen sama ada pada pintu atau di luar (pintu) semasa ketibaan mereka sini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun walau bagaimanapun berkata, ujian berkenaan mestilah dilakukan dalam tempoh 24 jam sebelum masuk ke dalam negeri ini.

Beliau berkata ketetapan sedia ada itu turut merangkumi pengembara antarabangsa ‘transit’ termasuk daripada Singapura berdasarkan prosedur masuk ke Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mereka (pengembara) dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Sabah dan diberilan pilihan untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 RTK-Antigen yang dibuat oleh anggota kesihatan terlatih,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.