KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI FELDA | Sabah News

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI FELDA | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor semasa menerima kunjungan hormat Dato’ Seri Idris Jusoh dan rombongan…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Dato’ Seri Idris Jusoh dan rombongan di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Idris mengenai operasi FELDA di Sabah dan perancangan masa depannya…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Seri Idris Jusoh semasa kunjungan itu…

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Peter Thien.

Bersama Idris ialah Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Bin Abdul Satar, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Servis Korporat), Encik Mahadzir Bin Mustafa dan Pengarah Wilayah Sahabat, Encik Yusof Bin Ismail.