Terbabas Sebelum Terbakar | Sabah News

Terbabas Sebelum Terbakar | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan terbakar berjaya dipadam oleh pasukan Bomba. – Foto Ihsan Bomba Sabah…

TENOM, SABAH – Dua orang pemuda sempat menyelamatkan diri setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas pada sebuah pencawang dan mula terbakar berhampiran Kampung Gumisi Kemabong sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu melihat sebuah kenderaan Toyota Corona terbakar 90 peratus di tepi jalan.

Jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah mendedahkan identiti kedua mangsa lelaki terlibat sebagai Oneytaytay, 20, dan Dexter Wong Suhno, 17.

“Mangsa berjaya keluar sendiri daripada kenderaan dalam keadaan selamat…

“Pasukan Bomba bertindak mejalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos salur bantu.

“Pemeriksaan di kawasan sekitar kemudian dilakukan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada jam 8.45 malam.