Sempat Campak Syabu Ke Laut Takut Ditahan | Sabah News

Sempat Campak Syabu Ke Laut Takut Ditahan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Nudin (tengah) menunjukkan dadah disyaki jenis syabu yang berjaya dikesan. – Gambar ihsan APMM Labuan…

LABUAN – Seorang juragan lelaki sempat mencampak balang berisi dadah disyaki jenis syabu sebelum dikejar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Kejadian di periaran Sipitang, kira-kira 2.30 pagi tadi bermula apabila bot peronda OPS BENTENG dan OP KHAS PAGAR LAUT bertugas di perairan Brunei Bay dan Sipitang mengesan sebuah bot yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, sebaik dihampiri, juragan bot berkenaan telah membuang sebuah bungkusan ke laut dan terus memecut melarikan diri.

“Bot peronda melakukan pengejaran namun terbatas berikutan faktor perairan cetek lalu berpatah balik untuk mengesan bungkusan yang dibuang…

“Hasil pencarian menemukan sebuah bungkusan plastik berwarna putih yang mengandungi dua (2) paket dadah dipercayai jenis syabu,” katanya.

Dadah dengan anggaran berat 49 gram itu dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk disiasat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Komuniti maritim dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah termaktub didalam perlembagaan bagi mengelakkan diri daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara.

“Laporkan maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999,” tambah beliau.