Sabah Catat Kes Harian COVID-19 Bawah 50 | Sabah News

Sabah Catat Kes Harian COVID-19 Bawah 50 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Datuk Masidi Manjun…

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan bagi seluruh negeri Sabah jatuh dibawah paras angka 50 hari ini dengan 48 KES baharu.

Selain penurunan sebanyak 12 kes berbanding jumlah semalam, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ianya merupakan jumlah harian terendah sejak 3 Mac tahun lalu.

“Keadaan di semua daerah menunjukkan penstabilan dengan perubahan angka harian yang kecil, samada naik atau turun…

“Kecuali Kota Kinabalu yang mencatatkan 21 kes baharu (-5), semua daerah di Sabah mencatatkan kes baharu dibawah paras angka 5.

“Malah tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 11 daerah. Lapan (8) daripada 15 daerah yang mencatatkan jangkitan baharu satu angka merekodkan hanya satu kes baharu di daerah masing-masing,” katanya dalam rumusan harian kes.

Masidi berkata statistik jangkitan yang rendah ini adalah hasil keberkesanan vaksin yang telah diberi kepada hampir keseluruhan penduduk yang layak di Sabah.

“Tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dikalangan rakyat negeri ini juga membantu mengurangkan jangkitan virus Covid daripada terus merebak.

“Adalah diharapkan agar disiplin tinggi ini terus diamalkan apatah lagi semasa kita merayakan sambutan Aidil Fitri pada tahun ini,” katanya.

Hanya terdapat tiga orang pesakit dalam Kategori 4 dan seorang lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Kota Kinabalu 21 (26)
Keningau 4 (4)
Kota Belud 3 (0)
Penampang 3 (4)
Tuaran 3 (1)
Papar 2 (3)
Tawau 2 (1)
Tenom 2 (2)
Kinabatangan 1 (1)
Kota Marudu 1 (1)
Kuala Penyu 1 (2)
Kudat 1 ( 3)
Pitas 1 (1)
Ranau 1 (1)
Sandakan 1 (2)
Sipitang 1 (0)
Beaufort 0 (2)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Putatan 0 (6)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)