Musnah Terbakar Langgar Tiang | Sabah News

Musnah Terbakar Langgar Tiang | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Sepasukan Bomba Sabah memadam kebakaran dari kereta Proton Saga. – Foto Ihsan Bomba Sabah…

TUARAN, SABAH – Seorang lelaki kehilangan kenderaan Proton Saga yang dipandunya setelah ia musnah terbakar melanggar tiang di Kampung Topokon sini.

Namun mangsa, Tarri Ike, 50, sempat menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira 1.50 tengah hari tadi…

Operasi pemadaman dilakukan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran menggunakan 1 aliran salur bantu mula daripada jentera Bomba.

“Mangsa terlibat telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum pasukan Bomba di lokasi,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam sebuah kenyataan.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 2.40 petang dan tamat enam (6) minit berikutnya.