KKM Jangka Umum Kelonggaran SOP Rabu Ini | Sabah News

KKM Jangka Umum Kelonggaran SOP Rabu Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar…

PORT DICKSON – Kementerian Kesihatan (KKM) dijangka mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu (27 Apr) ini, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perancangan KKM itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Terdahulu, Khairy melawat lima beradik Muhammad Haidir Rodzi, 24; Muhammad Hairie, 21; Nurhairieka,19; Muhammad Haiqiel, 14 dan Muhammad Khierzamani, 8, di Bandar Sunggala di sini yang kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka Rodzi Tahar dan Nazita Idris akibat COVID-19 pada pertengahan tahun lepas.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat TIGA (3) kelonggaran SOP akan diumum dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup muka, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.

– BERNAMA