Kekalkan Hubungan Baik Dan Perpaduan – Julita | Sabah News

Kekalkan Hubungan Baik Dan Perpaduan – Julita | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Julita menyampaikan sumbangan dalam Majlis Berbuka Puasa…

KUDAT, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki telah menghadiri majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Kampung Suangsuka, Kg. Birahan Laut dan Kg. Radu Tigaman dalam DUN Matunggong kelmarin.

Beliau turut disertai oleh serta Penolong Pegawai Daerah, Willey Lampaki; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Marius Masain; kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Matunggong, ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda dan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS).

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, kesempatan seperti ini cukup baik untuk digunakan bersama-sama bagi menghayati hubungan baik dan perpaduan.

Julita menyampaikan sumbangan dalam Majlis Berbuka Puasa…

Julita juga telah mengadakan lawatan ke Kampung Membatu Laut di mana beliau menyampaikan sedikit sumbangan sempena bulan Ramadan.

“Semoga hubungan baik ini berkekalan dan berharap agar masyarakat kita di kawasan Matunggong dapat meneruskan keharmonian ini bersama,” ujarnya