Jangan Lalai SOP Ketika Beraya – Shahelmey | Sabah News

Jangan Lalai SOP Ketika Beraya – Shahelmey | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Isteri Shahelmey, Dayang Siti Nur Hayyat Ag Mohd Saufi menyampaikan duit raya kepada seorang anak yatim…

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya menasihati orang ramai agar tidak leka terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika beraya pada minggu depan.

“Negara masih berada dalam fasa memasuki peralihan ke endemik jadi kita jangan lupa menunaikan tugas kita masing-masing untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya…

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas semasa meraihkan 34 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah Lok Kawi sempena majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu berkata tradisi amal tersebut bermula sejak dua tahun yang lalu.

Dalam pada itu, Shahelmey turut mengucapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat N.24 Tanjung Keramat dalam usaha bersama untuk memelihara kesejahteraan rakyat di kawasan terbabit.

Pada program itu, wakil media juga turut dihargai dengan sumbangan serta jamuan berbuka puasa.