KETUA MENTERI HADIRI MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA OKU DAN ASNAF | Sabah News

KETUA MENTERI HADIRI MAJLIS IFTAR PERDANA BERSAMA OKU DAN ASNAF | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan duit raya kepada anak-anak istimewa, warga orang kelainan upaya (OKU) dan golongan asnaf…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan Majlis Iftar Perdana Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf 2022 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Majlis itu merupakan kali ke 6 dianjurkan oleh Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK)…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memotong riben merasmikan Majlis Iftar Perdana Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf 2022 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu…

Seramai 119 OKU dan 46 asnaf diraikan secara berbuka puasa bersama-sama rakan, guru dan keluarga pada program itu yang diadakan di Dewan Hadari MBRKK.

Hajiji turut menyerahkan duit raya kepada pelajar anak istimewa, warga orang kelainan upaya (OKU), golongan asnaf dan pelajar Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memotong riben merasmikan Majlis Iftar Perdana Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf 2022 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu…

Beliau juga menyaksikan menyerahkan sumbangan sebanyak RM40,000 daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi QurANIS Al-Mubarak.

Majlis Iftar Perdana diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam dalam menyantuni anak-anak istimewa warga OKU dan golongan Asnaf, disamping memberi kesempatan untuk bersedekah di bulan Ramadan.

Hadir sama ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Haji Yakub Khan, Mufti Kerajaan Negeri,Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Haji Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Saifulzaman Bin Sangul, Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Encik Ramlan Awang Ali dan Pengerusi MBRKK, Datuk Haji Ab Jamal Tun Dr. Sakaran.