KEPULANGAN GEMBIRA SEORANG PERANTAU WANITA KE TAWAU BERTUKAR KESEDIHAN | Sabah News

KEPULANGAN GEMBIRA SEORANG PERANTAU WANITA KE TAWAU BERTUKAR KESEDIHAN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

TAWAU, SABAH – Penantian kepulangan seorang anak perantau ke pangkuan ibunya bertukar menjadi pengalaman perit apabila ibunya telah meninggal dunia semasa beliau dalam perjalanan pulang ke Tawau.

Walaupun perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya, pemergian beliau di bulan suci Ramadhan sudah tentu di cemburui ramai umat Islam.

Kisah tersebut telah tular di media sosial hari ini menerusi satu perkongsian di Facebook bernama Jasman Aman.

Dalam posting itu, terselit juga satu video di mana ianya memaparkan seorang wanita yang baru tiba bergegas ke kuburan untuk menetap wajah ibunya buat kali terakhir.

Difahamkan, wanita tersebut yang baru tiba dari airport Tawau terus bergegas ke tanah perkuburan Kampung Pasih Putih.

Wanita itu memang sudah merancang untuk balik kampung pada hari ini, tetapi ibunya telah pergi pada hari yang sama beliau balik.

“Sepatutnya kepulangan beliau penuh dengan kegembiraan tetapi kini ianya menjadi satu pengalaman sedih yang tidak akan dapat dilupakan…

“Tempat pertemuan beliau dengan ibunya bukan di rumah tapi di tanah perkuburan. Ini jugalah kali terakhir beliau dapat menatap wajah ibunya

“Kepulangan yang sepatutnya penuh keriangan bertukar menjadi pengalaman yang perit kepada beliau…

“Ayuh warga Tawau, mari kita doakan saudari kita ini. Semoga beliau dikurniakan ketabahan untuk melalui dugaan ini,” kata posting itu.

Sementara itu, ramai para netizen di ruangan komen turut bersedih dan bersedekahkan AlFatihah kepada ibu yang baru meninggal dunia.